MAKLUMAN UNTUK PELAJAR TAHUN AKHIR YANG DIBENARKAN MASUK KE KAMPUS UNTUK SEMESTER II SESI 2019/2020 DAN MENGINAP DI KOLEJ KEDIAMAN KAMPUS GONG BADAK , BESUT DAN PERUBATAN

Adalah dimaklumkan bahawa pengajian untuk semester ke II sesi 2019/2020 akan berakhir pada 26 Julai 2020 (Ahad). Sehubungan dengan itu sebelum pulang, siswa/wi dikehendaki mematuhi beberapa perkara berikut;

i) Kunci bilik mestilah dipulangkan semula ke pejabat kolej kediaman selewat-lewatnya 27 Ogos 2020 (Isnin) sebelum jam 4.30 petang.

ii) Bilik mestilah dikosongkan untuk kegunaan pelajar-pelajar baharu sesi 2020/2021. Barang-barang tidak dibenar disimpan di dalam bilik.

iii) Pastikan bilik masing-masing di dalam keadaan memuaskan dan bersih. Pihak kami memohon kerjasama siswa/wi untuk memastikan bilik dalam keadaan bersih sebelum pulang .


Sekiranya siswa/i tidak mematuhi perkara di atas, pihak kolej kediaman boleh mengambil tindakan sepertimana terdapat di di dalam Perintah Kolej Kediaman.

Sebarang pertanyaan siswa/wi boleh berhubung dengan En.Alias bin Mat Amin, Penolong Pengurus Asrama Kampus Gong Badak di talian 019-9855881.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Kolej Kediaman
23 Julai 2020