MAKLUMAN KEPADA PELAJAR DIPLOMA TAHUN 2 DAN 3 YANG DIBENARKAN MEMASUKI KAMPUS DAN MENGINAP DI KOLEJ KEDIAMAN UNTUK SEMESTER PENDEK SESI 2020/2021

1. Semua pelajar mesti mengisi saringan CHaSe di pautan https://chase.unisza.edu.my setiap hari sehingga hari pendaftaran kolej kediaman.

2. Tarikh pendaftaran kolej kediaman adalah 15 Ogos 2020 (Sabtu) mulai pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang bertempat di Foyer Pejabat Kolej Kediaman Kampus Gong Badak dan Pejabat Kolej Kediaman Kampus Besut.

3. Penempatan di kolej kediaman adalah untuk tempoh semester pendek sahaja iaitu sehingga 11 Oktober 2020 (Ahad). Bilik- bilik berkenaan akan digunakan pula untuk pelajar baharu program ijazah yang akan mendaftar masuk pada 18 Oktober 2020.

4. Pelajar perlu memastikan bilik yang diduduki sentiasa dalam keadaan baik dan bersih. Pemeriksaan kebersihan bilik akan dilakukan oleh pihak kolej kediaman dari semasa ke semasa.

5. Pelajar-pelajar dikehendaki menyerahkan kembali kunci bilik kolej kediaman setelah berakhirnya semester pendek selewat-lewat 11 Oktober 2020 (Ahad). Pelajar perlu mengosongkan bilik masing-masing dan tidak dibenarkan meninggalkan/menyimpan barang di dalam bilik. Pihak kolej kediaman tidak akan bertanggungjawab ke atas barang yang ditinggalkan di dalam bilik.

6. Pelajar-pelajar yang dibenarkan masuk ke kampus dan menginap di Kolej Kediaman adalah berdasarkan kepada:

i) Pelajar yang memohon dan diterima masuk oleh Fakulti masing-masing.

ii) Pelajar yang lulus tapisan ChaSe oleh Pusat Kesihatan Pelajar UniSZA

iii) Semasa hari pendaftaran pelajar yang mempunyai suhu badan 37.5 C dan ke bawah sahaja dibenarkan mendaftar. Pelajar yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5 C dan bergejala Covid-19 diminta ke Pusa Kesihatan pelajar UniSZA.

iv) Setelah mendaftar masuk, pelajar-pelajar tidak dibenarkan keluar daripada kampus dalam tempoh 14 hari.

7. Ibubapa / pengiring tidak dibenarkan ke bilik pelajar semasa hari pendaftaran.

8. Sepanjang urusan pendaftaran kolej kediaman, pelajar mestilah mematuhi dan mengikuti segala SOP yang berkuatkuasa termasuklah memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

9. Makluman ini tertakluk kepada arahan semasa daripada Majlis Keselamatan Negara dan Polis Diraja Malaysia.

Arahan:
Pengarah Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar
13 Ogos 2020