PEMBUKAAN KAUNTER KUTIPAN DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN PELAJAR (DIPLOMA) UniSZA SESI 2020/2021 - TARIKH KELULUSAN 07 OGOS 2020 – KELOMPOK I

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa pihak PTPTN Kuala Terengganu dengan kerjasama Unit Penajaan, Endowmen & Dana Pelajar, PTNC (HEPA) akan membuka kaunter kutipan dokumen perjanjian PTPTN bagi pelajar Diploma sesi 2020/2021 yang mendapat kelulusan PTPTN pada 7 Ogos 2020 sebagaimana ketetapan berikut:

Bagi Pelajar di Kampus Gong Badak dan Perubatan

Tarikh : 29 Ogos 2020
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Perdana UniSZA, Kampus Gong Badak.

Bagi Pelajar di Kampus Besut

Tarikh : 18 Ogos 2020
Hari : Selasa
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Kafetaria Asrama, UniSZA Kampus Besut.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar yang telah diluluskan permohonan mereka dalam kelompok ini diwajibkan menghantar dokumen perjanjian yang telah lengkap ke kaunter kutipan dokumen tersebut.

Suka diingatkan bahawa tempoh sah untuk kelulusan ini hanyalah selama 14 hari dari tarikh kelulusan. Sebarang masalah atau kerugian yang timbul akibat daripada kegagalan untuk menghantar dokumen perjanjian ini pada masa yang ditetapkan adalah terletak di bawah tanggungjawab pelajar / pemohon itu sendiri.

Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada Unit Penajaan, Endowmen & Dana Pelajar, PTNC (HEPA) di talian 09-6687942 / 7811.

Harap Maklum, Terima kasih.

Media : MUAT TURUN