PEMBUKAAN KAUNTER KUTIPAN DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN PELAJAR (DIPLOMA) UniSZA SESI 2020/2021 - TARIKH KELULUSAN 07 SEPTEMBER 2020 – KELOMPOK II

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa pihak PTPTN Kuala Terengganu dengan kerjasama Unit Penajaan, Endowmen & Dana Pelajar, PTNC (HEPA) akan membuka kaunter kutipan dokumen perjanjian PTPTN bagi pelajar Diploma sesi 2020/2021 yang mendapat kelulusan PTPTN pada 7 September 2020 sebagaimana ketetapan berikut:

Bagi Pelajar di Kampus Gong Badak dan Perubatan

Tarikh   :  28 September 2020

Hari       : Isnin

Masa     :  9.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS) UniSZA, Kampus Gong Badak.

 

Bagi Pelajar di Kampus Besut

Tarikh   :  14 September 2020

Hari       :  Isnin

Masa     :  9.00 pagi – 12.00 tengahari

Tempat : Bilik Tutorial (D1-0-04), UniSZA Kampus Besut.

 

Sehubungan dengan itu, semua pelajar yang telah diluluskan permohonan mereka dalam kelompok ini diwajibkan menghantar dokumen perjanjian yang telah lengkap ke kaunter kutipan dokumen tersebut.

Suka diingatkan bahawa tempoh sah untuk kelulusan ini hanyalah selama 14 hari dari tarikh kelulusan. Sebarang masalah atau kerugian yang timbul akibat daripada kegagalan untuk menghantar dokumen perjanjian ini pada masa yang ditetapkan adalah terletak di bawah tanggungjawab pelajar / pemohon itu sendiri.

Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada Unit Penajaan, Endowmen & Dana Pelajar, PTNC (HEPA) di talian 09-6687942 / 7811.

Harap Maklum, Terima kasih.

 

Muat Turun Dokumen : 11082016_PERATURAN_AM_MENGISI_DOKUMEN_PERJANJIAN-1.pdf