PELANJUTAN TEMPOH PENGHANTARAN DOKUMEN TAWARAN DAN PERJANJIAN PINJAMAN PTPTN

Saudara/Saudari,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sebagaimana saudara/saudari maklum, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa Negeri mulai 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa Zon Merah bagi menangani ancaman penularan wabak Covid-19. Susulan pengumuman tersebut, tempoh penghantaran Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman bagi kelulusan 7 Oktober 2020 dilanjutkan sehingga 14 November 2020. Bagi mengelakkan kesesakan serta menjaga SOP penjarakan sosial, pelajar boleh merancang untuk menghantar dokumen tersebut melalui saluran berikut :

1. Hantar ke Ibu Pejabat PTPTN melalui pos di alamat :

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
(u.p : En. Ahmad Shahril@Muhammad Shahril bin Ghazali)

Atau

2. Hantar ke Pejabat PTPTN Cawangan berhampiran (sila rujuk Portal PTPTN).

Kerjasama saudara/saudari didahului ucapan terima kasih.

Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada Unit Penajaan, Endowmen & Dana Pelajar, PTNC (HEPA) di talian 09-6687942 / 7945.

Sekian, terima kasih.

 

Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar

 

Muat Turun Dokumen : MEMO PELANJUTAN TEMPOH PENGHANTARAN PTPTN.jpeg