PELANJUTAN TEMPOH PENGHANTARAN DOKUMEN TAWARAN DAN PERJANJIAN PINJAMAN PTPTN

Saudara/i,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sebagaimana saudara/i maklum, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa Negeri mulai 14 Oktober 2020 sehingga 06 Disember 2020 dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa Zon Merah bagi menangani ancaman penularan wabak Covid-19.

Susulan pengumuman tersebut, tempoh penghantaran Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman bagi kelulusan 7 Oktober 2020 dan 6 November 2020 dilanjutkan sehingga 14 Disember 2020. Penghantaran dokumen boleh dibuat melalui saluran berikut:

 

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),

Tingkat Bawah, Menara PTPTN,

Blok D, Megan Avenue II,

No.12, Jalan Yap Kwan Seng,

50450 Kuala Lumpur.

(u.p: En. Ahmad Shahril@Muhammad Shahril bin Ghazali)

Atau

Bagi mengelakkan kesesakan serta menjaga SOP penjarakan sosial, pelajar boleh menghantar dokumen melalui pos.

Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar di talian 09-668 7945/ 7811/ 7942.

Harap maklum. Terima kasih

 

Muat Turun Dokumen :PELANJUTAN_TEMPOH_PENGHANTARAN_DOKUMEN_TAWARAN_DAN_PERJANJIAN_PINJAMAN_PTPTN