MAKLUMAN PENGHANTARAN DOKUMEN TAWARAN DAN PERJANJIAN PINJAMAN PTPTN – IJAZAH SESI 2020/2021 – KELOMPOK II

(KELULUSAN 6 NOVEMBER 2020)

Untuk makluman, bagi pelajar yang membuat permohonan Pinjaman PTPTN pada 1 Oktober sehingga 30 Oktober 2020, permohonan telah diluluskan pada 6 November 2020. Sehubungan dengan itu, semua pelajar yang telah diluluskan permohonan mereka dalam kelompok ini diwajibkan menghantar dokumen perjanjian yang telah lengkap bermula pada 6 November 2020 sehingga 14 Disember 2020. Penghantaran dokumen boleh dibuat melalui saluran berikut:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),

Tingkat Bawah, Menara PTPTN,

Blok D, Megan Avenue II,

No.12, Jalan Yap Kwan Seng,

50450 Kuala Lumpur.

(u.p: En. Ahmad Shahril@Muhammad Shahril bin Ghazali)

            Atau

Bagi mengelakkan kesesakan serta menjaga SOP penjarakan sosial, pelajar boleh menghantar dokumen melalui pos.

Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar di talian 09-668 7945/ 7811/ 7942.

Harap maklum. Terima kasih

 

Muat Turun Dokumen :MAKLUMAN PENGHANTARAN DOKUMEN TAWARAN DAN PERJANJIAN PINJAMAN PTPTN – IJAZAH SESI 2020/2021 – KELOMPOK II