Langkah-langkah Keselamatan Pengguna ICT UniSZA susulan daripada ancaman
penggodam ke atas agensi kerajaan

1.  Fikir sebelum Klik.

Elakkan membuka sebarang lampiran daripada pihak yang tidak dikenali.
Pihak PPIR tidak akan menghantar sebarang emel yang meminta katalaluan
daripada pengguna dan menghantar sebarang lampiran sebelum dimaklumkan
kepada pengguna dalam apa jua keadaan.

2.  Gunakan katalaluan dengan kombinasi yang kukuh.

Pastikan katalaluan semua perkhidmatan atau sistem pengguna menggunakan
kombinasi katalaluan pintar. Katalaluan pintar mempunyai 12 aksara dan
mengandungi kombinasi angka, simbol, huruf (besar dan kecil) bagi
mengelakkan sesuatu perkhidmatan atau sistem mudah dicerobohi.

3. Simpan dan Lindungi Maklumat.

Elakkan daripada mendedahkan pengenalan peribadi dan katalaluan kepada
individu lain.

4.  Logout setelah selesai penggunaan.

Pastikan semua perkhidmatan atau sistem yang telah selesai digunakan, di
logout atau keluar daripada sistem.

5.  Elak Terpedaya.

Elakkan daripada melayari sebarang laman sesawang yang tidak diperlukan.


6.  Tutup setelah selesai.

Tutup semua peranti komputer setelah selesai digunakan.

Laporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada Helpdesk PPIR di
talian 09-668 8998

Pasukan Keselamatan ICT UniSZA

Rujukan Lampiran Keselamatan yang berkaitan : https://drive.unisza.edu.my/s/bwmV4o0bOCTKeRV