MAKLUMAN TAWARAN BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN 2021 YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN
Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk ditawarkan Biasiswa Tunku Abdul Rahman peringkat Ijazah Sarjana Muda.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Syarat Asas
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Pelajar lepasan STPM/Asas/Matrikulasi/Diploma atau pelajar yang sedang mengikuti pengajian ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dalam negara yang masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.
- Sekurang-kurangnya Kepujian Tinggi dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diperingkat SPM.
- Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang:
- Mempunyai ketabahan untuk mengatasi cabaran.
- Mempunyai potensi daya kepimpinan yang boleh dikembangkan.
- Menunjukkan prestasi akademik dan kokurikulum yang cemerlang
- Berasal dari keluarga yang berpendapatan RM4,850 dan ke bawah
TAJAAN BIASISWA
Tajaan Biasiswa adalah merangkumi:
- Yuran Pengajian
- Elaun Bulanan
- Elaun Tahunan
- Elaun Sepanjang Biasiswa
- Program Kepimpinan
PERMOHONAN
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman boleh dibuat secara atas talian dengan melayari laman sesawang Yayasan Tunku Abdul Rahman di www.yayasantar.org.my
Tarikh tutup permohonan: 12 APRIL 2021
Disediakan Oleh:
Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, PTNC (HEPA)
09-668 7945/7811/7942
#IlmuDanAkhlak
#HEPASayangSemua
#AdabPatriotManusiawi
Muat Turun Dokumen :HEBAHAN BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN 2021