TAWARAN PINJAMAN PENGAJIAN TINGGI KERAJAAN NEGERI PERAK

 

1. OBJEKTIF

Memberi kemudahan pinjaman pelajaran kepada Warganegara Malaysia khususnya anak Perak yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke institusi-institusi pengajian tinggi yang ditaja dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan Negeri Perak.

2. KAEDAH MEMOHON

Semua permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui laman web di bawah :

(i) http://spptp.perak.gov.my ; atau

(ii) laman web rasmi Kerajaan Negeri Perak iaitu di www.perak.gov.my

3. SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

* Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak;

* Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak;Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di luar Negeri Perak telah bermastautin didalam Negeri Perak lebih daripada 10 tahun;

*Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar NegeriPerak telah bermastautin di dalam Negeri Perak lebih dari 10 tahun ;

* Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian Sepenuh Masa;

* Bagi pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya bakitiga (3) semester atau satu (1) setengah tahun tempoh pengajian (Tempoh Pengajianmengambil kira semester panjang sahaja pada masa pembayaran kali pertamaditerima);

* Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5,000.00;

* Umur pemohon pada tahun semasa mestilah :

DIPLOMA - Tidak melebihi 26 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan

IJAZAH / SARJANA MUDA(DALAM NEGARA)- Tidak melebihi 36 tahun dan 41 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan

IJAZAH / SARJANA MUDA(LUAR NEGARA - TAJAAN KEPADA PELAJAR DI MESIR DAN JORDAN SAHAJA)- Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan

IJAZAH SARJANA (MASTER) - Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan

IJAZAH KEDOKTORAN (PH.D) - Tidak melebihi 36 tahun dan 40 tahun bagi yang berkhidmat dengan Kerajaan

Muat Turun Dokumen  :SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN NEGERI PERAK


Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh
Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar
Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA)