MAKLUMAN PEMBAYARAN ZAKAT BAGI PERMOHONAN ZAKAT SESI 2019/2020

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) telah membuat pembayaran zakat bagi permohonan Sesi 2019/2020 pada 18 April 2021 (Ahad) sebanyak RM200.00/seorang. Bayaran Zakat ini adalah bagi permohonan yang telah dibuat oleh pelajar pada awal Januari 2020 dan bagi permohonan khas yang telah dibuat melalui Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA).

Semakan nama dan Kelayakan bagi bayaran zakat ini boleh dibuat dikaunter Unit Penajaan dan Endowmen Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) atau menghubungi di talian 09-6687945/7811/7942.