HEBAHAN PEMBATALAN PELAKSANAAN UGET FASA 2 SECARA BERSEMUKA

Assalamualaikum

Pelaksanaan UGET Fasa 2 secara bersemuka pada 30 Mei 2021 adalah DIBATALKAN berikutan pelaksanaan PKP yang bermula 12 Mei sehingga 7 Jun 2021 di seluruh negara. Senarai nama calon berdaftar akan dihantar kepada Pejabat Bendahari untuk pelarasan semula bayaran yuran UGET kepada semua calon.

Untuk makluman, UGET tidak lagi akan dilaksanakan selaras dengan keputusan Senat pada 27 Januari 2021 yang bersetuju dengan pemansuhan UGET bermula 1 Jun 2021.

Sekian, terima kasih.

-- 
NASRUL EZHARUDDIN BIN CHE AMAT
Penolong Pendaftar
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Sultan Zainal Abidin