Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

MAKLUMAN BAGI PERMOHONAN PENGAMBILAN BARANG DAN PENGOSONGAN BILIK DI KOLEJ KEDIAMAN UniSZA

Merujuk perkara diatas, pihak Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar UniSZA akan membuka permohonan kepada pelajar untuk kembali ke kampus bagi mengambil barangan peribadi, menyerahkan kunci dan mengosongkan bilik di Kolej Kediaman UniSZA bagi Kampus Gong Badak, Kampus Perubatan dan Kampus Besut. Pada  masa ini permohonan ini hanya dibuka kepada pelajar yang tinggal di Negeri Terengganu sahaja

Sehubungan dengan itu, bagi urusan tersebut pelajar WAJIB mematuhi langkah-langkah berikut;

a) Permohonan secara atas talian melalui Portal Siswa di https://siswa.unisza.edu.my mulai 5 - 7 September 2021.

b) Memilih menu Kebenaran Akses Kampus > pilih Permohonan Mengambil Barang.

c) Pelajar dikehendaki menjalani ujian RTK 3 hari sebelum tarikh masuk.

d) Pelajar dikehendaki melengkapkan Saringan Risiko Covid-19, 3 hari sebelum tarikh masuk.

e) Pelajar dikehendaki upload keputusan ujian RTK.

f) Pelajar boleh membuat cetakan Pas Masuk ke Kampus, Borang Permohanan dan Surat Kebenaran Rentas Daerah setelah mendapat pengesahan Timbalan Dekan (HEPA) fakulti seawal 1 hari sebelum tarikh masuk.

g) Pelajar mestilah hadir ke kolej kediaman pada tarikh yang telah diluluskan dengan mengikut SOP yang ditetapkan.

h) Tarikh yang dibenarkan untuk masuk ke kampus adalah pada 10 - 16 September 2021 mengikut sesi pilihan pelajar.

Kerjasama dan perhatian berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Pengarah

Kolej Kediaman dan Kesihatan Pelajar