PELANJUTAN TEMPOH PENGHANTARAN DOKUMEN TAWARAN DAN PERJANJIAN PINJAMAN PTPTN
 
Sebagaimana sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih lagi dilaksanakan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi menangani ancaman penularan wabak Covid-19.
 
Susulan itu, dimaklumkan bahawa tempoh penghantaran Dokumen Tawaran dan Perjanjian Pinjaman bagi kelulusan 6 Ogos 2021 dan 7 September 2021 dilanjutkan sehingga 14 Oktober 2021. Penghantaran dokumen tersebut boleh dibuat ke Ibu Pejabat PTPTN melalui pos di alamat berikut :
 
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
 
(u.p : En. Ahmad Shahril@Muhammad Shahril bin Ghazali)
 
Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, PTNC (HEPA) di talian 09-668 7945/ 7811/ 7942.
 
Sekian, terima kasih.