BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN (BPTAR) BAGI SESI 2021/2022
 
Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk dihadiahkan BANTUAN PELAJARAN TUNKU ABDUL RAHMAN. Bantuan Pelajaran ini diwujudkan untuk mengenang jasa Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Perdana Menteri Pertama dan Bapa Kemerdekaan Malaysia.
 
Bantuan ini khusus untuk pelajar yang berasal daripada keluarga miskin tegar (B40) berpendapatan keluarga RM4,849 ke bawah (mengikut statistik terbaru yang dikeluarkan oleh Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia) bagi membantu menampung kos sara hidup pelajar semasa di Universiti Awam (UA).
 
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Berdaftar sepenuh masa dalam sebarang program Ijazah Sarjana Muda di UA.
(iii) Berlatar belakang keluarga miskin tegar (B40) berpendapatan keluarga RM4,849 ke bawah.
(iv) Peminjam PTPTN dan lain-lain bantuan kewangan layak memohon.
 
PERMOHONAN
Calon yang memenuhi syarat-syarat permohonan boleh mendapatkan Borang Permohonan BPTAR di portal pelajar dan borang permohonan bersama dokumen yang lengkap diisi hendaklah dihantar secara emel sebelum 4 Disember kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Muat Turun Dokumen 1: Borang Permohonan BPTAR 2021.docx-1
Muat Turun Dokumen 2: Lampiran A.docx (2)-1
Muat Turun Dokumen 3: Lampiran C.docx (2)-1
 
Disediakan oleh:
Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, PTNC (HEPA)
09-668 7945/ 7811/ 7942
 
Sekian, terima kasih.