MAKLUMAN KEMASUKAN PELAJAR KE KOLEJ KEDIAMAN KAMPUS GONG BADAK BAGI FASA 3 SESI 2021/2022 

Berikut adalah makluman untuk kemasukan pelajar ke kolej kediaman Kampus Gong Badak bagi Fasa 3 Sesi 2021/2022;

i) Hanya pelajar dari kategori badan uniform sahaja ditawarkan penempatan di kolej kediaman dan akan dimaklumkan oleh pihak Pusat Pembangunan Holistik Pelajar.

ii) Kemasukan ke kampus pada Fasa 3 ini adalah untuk Kampus Gong Badak sahaja.

iii) Pendaftaran kolej kediaman akan dijalankan pada 7 – 8 Disember 2021 mulai 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari dan 2.00 petang hingga 4.30 petang di Foyer Kafetaria Kolej Kediaman.

iv) Tatacara dan panduan kemasukan secara keseluruhannya adalah berpandukan kepada Tatacara Kemasukan Pelajar ke Kampus Sesi 2021/2022 yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni bertarikh 6 Oktober 2021.

v) Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pejabat Kolej Kediaman dan Kesihatan Pelajar di talian 096687740.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Muat Turun Hebahan: MAKLUMAN KEMASUKAN FASA 3 SESI 2021.2022 KE KOLEJ KEDIAMAN KAMPUS GONG BADAK

 

Pejabat Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar

Universiti Sultan Zainal Abidin

Kampus Gong Badak

28 November 202