SALAM SEJAHTERA DAN SALAM MITRA.

Tuan/Puan, 

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.         Untuk makluman tuan/puan, Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) merupakan sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan Program Bantuan Kewangan One-Off Kepada Pelajar India B40 yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda Dan Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) pengambilan Semester 1/2021.

3.         Pihak MITRA telah menerima senarai pelajar India B40 yang layak daripada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) seperti di Lampiran (Senarai nama Pelajar Degree sahaja). Untuk makluman tuan/puan, penyaluran sebanyak RM1,000 bagi program Ijazah Sarjana Muda telah selesai disalurkan oleh pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi Tahun 2021.

4.         Sehubungan dengan itu, dipohon jasa baik pihak tuan/puan untuk memaklumkan status Bantuan Kewangan Pelajar India B40 dan kaedah untuk membuat semakan / mendapatkan bantuan kewangan tersebut adalah dengan mengikuti langkah - langkah seperti berikut:

a. Hadir ke mana - mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan;

b. Menyerahkan kad pengenalan kepada Pegawai Bank di kaunter dan memaklumkan tujuan untuk mengeluarkan wang;

c. Pegawai Bank akan mengesahkan status pemberian wang dan pelajar mempunyai dua pilihan cara untuk mengeluarkan wang tersebut:

d. Pengeluaran wang akan diberikan kepada pelajar mengikut cara pengeluaran yang dipilih.

5.         Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak tuan/puan boleh menghubungi saya di talian 03-80918182. Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan/puan berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Muat Turun Lampiran:DATA PELAJAR INDIA B40 - MITRA 

 

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

ANAMAH A/P PANIRSELVAM

b.p Ketua Pengarah 

Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) 

Jabatan Perdana Menteri

( 03-80918182|  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada :

Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, PTNC (HEPA) di talian 09-668 8611/7811/7942.