Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Saudara/i,

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN FELO KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa, Kolej Kediaman dan Kesihatan Pelajar (KKKP) ingin mempelawa calon-calon daripada pelajar pascasiswazah UniSZA yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terbuka Felo Kolej Kediaman secara kontrak.

3.         Sehubungan dengan itu, KKKP mempelawa pelajar pascasiswazah (master dan PHD) yang berminat dan berkelayakan bagi mengemukakan permohonan untuk disaring dan ditemuduga sebelum dilantik mengisi kekosongan jawatan tersebut. Iklan kekosongan dan borang permohonan boleh diperolehi di pautan https://drive.google.com/drive/folders/1F5zHKg2aatD_EooK_AEZz3V-OX9dzK74?usp=share_link

4.         Permohonan ini dibuka sepanjang tempoh berdasarkan keperluan jawatan. Borang yang lengkap bersama resume hendaklah dihantar ke email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan kepada Pn. Wan Iylia Syaheera binti Wan Abd Aziz, Penolong Pendaftar KKKP di talian 09-6687756 / 014-5141198.

Sekian, terima kasih.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"Ilmu dan Akhlak"

Saya yang menjalankan amanah,

DR W. OMAR ALI SAIFUDDIN BIN WAN ISMAIL      

Pengarah Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar