MAKLUMAN KEPADA PENERIMA PINJAMAN PTPTN DI ATAS KELEWATAN PENYALURAN PINJAMAN PTPTN BAGI SESI 2022/2023

Assalamualaikum w.b.t

Untuk makluman semua penerima pinjaman PTPTN, sukacita dimaklumkan bahawa kelewatan penyaluran pinjaman PTPTN disebabkan oleh Jadual Penyaluran di Sistem PTPTN tidak selaras dengan Kalendar Akademik UniSZA.

Pihak Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar (PTNC HEPA) akan membuat pengesahan keputusan peperiksaan sebaik sahaja disahkan oleh Mesyuarat Senat dan akan dihantar kepada pihak PTPTN bagi tujuan penyaluran pinjaman PTPTN kepada pelajar.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar (PTNC HEPA) di talian 09-668 8611/7811/7942/8401

Harap maklum, Terima kasih.