PEMBUKAAN KAUNTER KUTIPAN PERANTI SISWA K-KOM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa pihak Pembekal peranti siswa  akan membuka kaunter agihan peranti siswa sepertimana tarikh yang dinyatakan.

Bagi Pelajar di Kampus Gong Badak dan Perubatan
Tarikh : 30 Januari 2023
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pagi - 3.30ptg
Tempat : Dewan Perdana Kampus Gong Badak

Bagi Pelajar di Kampus Besut
Tarikh : 1 Februari 2023
Hari : Rabu
Masa: 9.00pg - 3.30petang
Tempat : Foyer perpustakaan kampus besut.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar yang telah diluluskan permohonan mereka boleh menuntut peranti siswa pada tarikh yang di nyatakan. Mohon membuat semakan permohonan anda di laman Web permohonan peranti siswa KKOM.

Suka diingatkan bahawa pihak UniSZA tidak akan mengambil atau menyimpan peranti siswa bagi pihak anda. Segala tuntutan hanya pemilik sahaja dan tidak boleh diwakilkan. Pelajar perlu membawa kad pengenalan semasa membuat pengambilan peranti siswa.

PERINGATAN
AGIHAN KALI INI ADALAH YANG TERAKHIR OLEH PEMBEKAL PERANTI SISWA. KEGAGALAN ANDA UNTUK  MENGAMBIL PERANTI PADA HARI YANG DITETAPKAN SELEPAS INI PIHAK UNISZA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB