HEBAHAN PERMOHONAN BANTUAN PENDAFTARAN PELAJAR KE INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (iBITA) KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2023
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan peruntukan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (iBITA) berjumlah RM1,000.00 bagi (Universiti di Semenanjung), RM1,200.00 bagi (Universiti di Sabah atau Sarawak) dan RM300.00 bagi (Politenik Malaysia).
Sistem Permohonan Bantuan Pendaftaran Pelajar ke IPT (iBITA) bagi sesi September 2023 akan dibuka mulai 1 September 2023 sehingga 30 September 2023 bagi sesi kemasukan berikut:-
1) Sesi Akademik Peringkat Diploma Lepasan SPM/Setaraf; dan
2) Sesi Akademik Peringkat Sarjana Muda bagi Lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma/ Setaraf.
Permohonan bantuan ini boleh dibuat melalui laman sesawang yang berikut:
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut berhubung tawaran ini, boleh menghubungi di talian
Atau
Hubungi Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, PTNC (HEPA) Di talian 09-668 8611/7811/7942/8401.
Muat Turun Dokumen : ibita 2023
Sekian, harap maklum.