PEMBUKAAN KAUNTER KUTIPAN DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN PELAJAR (DIPLOMA) UniSZA SESI 2023/2024

TARIKH KELULUSAN 07 SEPTEMBER 2023 – KELOMPOK I

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Dimaklumkan bahawa pihak Unit Penajaan, Endowmen & Dana Pelajar, PTNC (HEPA) akan membuka kaunter kutipan dokumen perjanjian PTPTN bagi pelajar Diploma sesi 2023/2024 yang mendapat kelulusan PTPTN pada 7 September 2023 sebagaimana ketetapan berikut:

Bagi Pelajar di Kampus Gong Badak dan Perubatan

Tarikh   :  14, 17 & 18 September 2023

Hari       : Khamis, Ahad & Isnin

Masa     :  9.00 pagi – 4.00 petang

Tempat : Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA), Aras 1, Bangunan Canselori Lama, UniSZA, Kampus Gong Badak.

 

Bagi Pelajar di Kampus Besut

Tarikh   :  14, 17 & 18 September 2023

Hari       : Khamis, Ahad & Isnin

Masa     :  9.00 pagi – 4.00 petang

Tempat : Pejabat HEPA, UniSZA Kampus Besut.

Sehubungan dengan itu, semua pelajar yang telah diluluskan permohonan mereka dalam kelompok ini diwajibkan menghantar dokumen perjanjian yang telah lengkap ke kaunter kutipan dokumen tersebut.

Suka diingatkan bahawa tempoh sah untuk kelulusan ini hanyalah selama 14 hari dari tarikh kelulusan. Sebarang masalah atau kerugian yang timbul akibat daripada kegagalan untuk menghantar dokumen perjanjian ini pada masa yang ditetapkan adalah terletak di bawah tanggungjawab pelajar / pemohon itu sendiri.

Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada Unit Penajaan, Endowmen & Dana Pelajar, PTNC (HEPA)

di talian 09-668 8611/ 7811/ 7942/ 8401.

Harap Maklum, Terima kasih.