PEMBAYARAN PTPTN: Panduan Tindakan Bagi Pelajar Berstatus Gagal Bayar

Sekiranya Pelajar TIADA Akaun Simpanan-i Pro RHB (atau akaun sedia ada telah ditutup / “auto-closed”), Pelajar perlu hadir ke mana-mana Cawangan RHB seluruh negara dengan membawa bersama dokumen di bawah untuk proses pembukaan Akaun Simpanan-i Pro RHB.
 
Jika anda berumur 18 tahun dan keatas bawa bersama:
i. Kad Pengenalan asal (MyKad/MyTentera)
ii. Surat Tawaran dari Universiti / Surat Pengesahan Pelajar
 
Jika anda berumur di bawah 18 tahun bawa bersama:
i. Sijil Kelahiran asal
ii. Kad Pengenalan asal
iii. Surat Tawaran dari Universiti / Surat Pengesahan Pelajar
 
Nota Penting:
Anda perlu ditemani oleh Ibu Bapa atau Penjaga untuk proses pembukaan akaun. Jika anda tidak ditemani oleh ibu atau bapa, anda perlu ditemani oleh Penjaga dan membawa bersama dokumen sokongan sebagai bukti hubungan; contoh Surat Kuasa Penjaga atau lain-lain dokumen yang berkenaan.
 
Bagi pelajar BELUM MENGAKTIFKAN Akaun Simpanan-i RHB Pro, pelajar perlu hadir ke mana-mana Cawangan RHB seluruh negara dengan membawa bersama dokumen di bawah untuk proses pengaktifan Akaun Simpanan-i Pro RHB dan bawa bersama:
 
i. Kad Pengenalan asal (MyKad/MyTentera)
ii. Kad Debit-i RHB MySiswa (Jika ada)
 
Pelajar hendaklah memakluman nombor Akaun Simpanan-i Pro RHB terkini kepada pihak IPT/PTPTN untuk tujuan kemaskini data pelajar dan Pembayaran semula / seterusnya kepada Akaun Simpanan-i Pro RHB yang telah Berjaya dibuka/ dan diaktifkan (Proses Pembayaran di PTPTN akan dilakukan pada 16hb & 30hb setiap bulan)
 
Muat Turun Hebahan1: status gagal bayar ptptn

Muat Turun Hebahan2: KAD SISWA - RHB BANK

Maklumat Tambahan
Pelajar TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA Akaun Simpanan-i Pro RHB
- RHB     > akan menghantar surat makluman rasmi kepada pelajar yang terlibat
- Pelajar > untuk maklumkan kepada PTPTN/IPT berkenaan status 'Tidak Dibenarkan Membuka Akaun'
- PTPTN > untuk menyalurkan bayaran melalui proses pembayaran alternatif.
 
Hubungi Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, PTNC (HEPA) Di talian 09-668 8611/7811/7942/8401 untuk sebarang pertanyaan.
Sekian, harap maklum.