PEMBUKAAN KAUNTER KUTIPAN DOKUMEN PERJANJIAN PTPTN PELAJAR UniSZA SESI 2023/2024 - TARIKH KELULUSAN 6 OKTOBER 2023 – KELOMPOK I (IJAZAH) & KELOMPOK II (DIPLOMA)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa pihak Unit Penajaan, Endowmen & Dana Pelajar, PTNC (HEPA) akan membuka kaunter kutipan dokumen perjanjian PTPTN bagi pelajar sesi 2023/2024 yang mendapat kelulusan PTPTN pada 6 Oktober 2023 bagi Kelompok 1 (Ijazah) & kelompok II (Diploma) sebagaimana ketetapan berikut:
Kampus Gong Badak dan Perubatan
Tarikh : 15 & 16 Oktober 2023
Hari : Ahad & Isnin
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Foyer Kolej Kediaman UniSZA, Kampus Gong Badak.
Kampus Besut
Tarikh/Hari : 18 Oktober 2023/Rabu (FBIM)
: 19 Oktober 2023/Khamis (FIK & FF)
Masa : 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat : Bilik Seminar Al-Farabi, Kompleks Akademik & Pentadbiran, UniSZA Kampus Besut
Sehubungan dengan itu, semua pelajar yang telah diluluskan permohonan mereka dalam kelompok ini diwajibkan menghantar dokumen perjanjian yang telah lengkap ke kaunter kutipan dokumen tersebut.
Suka diingatkan bahawa tempoh sah untuk kelulusan ini hanyalah selama 14 hari dari tarikh kelulusan. Sebarang masalah atau kerugian yang timbul akibat daripada kegagalan untuk menghantar dokumen perjanjian ini pada masa yang ditetapkan adalah terletak di bawah tanggungjawab pelajar / pemohon itu sendiri.
Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada Unit Penajaan, Endowmen & Dana Pelajar, PTNC (HEPA) di talian 09-668 8611/ 7811/ 7942/ 8401.
Harap Maklum, Terima kasih.