Permohonan Online Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
 
Berikut adalah cara untuk membuat permohonan secara online bagi pembiayaan pendidikan PTPTN:
 
A. Pembukaan Akaun SSPN-i
-Terlebih dahulu pemohon perlu membuka akaun SSPN-i di mana-mana cawangan Agrobank, Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank atau cawangan PTPTN berhampiran untuk mendapatkan nombor akaun SSPN-i
 
B. Pembelian Nombor PIN PTPTN
Setelah mempunyai akaun SSPN-i, pemohon hendaklah membeli nombor PIN PTPTN di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan berharga RM5.00 seunit. Nombor PIN in sah digunakan selama 6 bulan sahaja bermula tarikh pembelian dan perlu disimpan untuk kegunaan bagi membuat permohonan Pinjaman secara online.
Selain itu, pemohon juga boleh membeli No PIN secara online di Laman web menerusi pautan di bawah:
 
Pembelian No PIN PTPTN Online:
 
URL - https://www.ptptn.gov.my/elmas-pin-purchase-web/#/
        - Klik pilihan “Pendaftaran Permohonan Pinjaman”
        - Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang “DAFTAR”
        - Klik butang “Bayar” bagi proses pembayaran
        - Pilih jenis perbankan internet daripada bank yang anda gunakan
        - Masukkan alamat emel yang sah dan klik butang “Bayar dengan FPX”
        - Jika transaksi berjaya, resit urusniaga pembayaran akan ditunjukkan dan pemohon boleh terus mendaftar / memohon PTPTN
 
C. Pendaftaran Permohonan Pinjaman PTPTN
Langkah seterusnya adalah membuat pendaftaran PTPTN secara online: URL -  https://www.ptptn.gov.my/gateway/
 
Bagi pengguna kali pertama, isikan No. Kad Pengenalan dan masukkan maklumat No. PTPTN yang dibeli daripada BSN dan klik butang “Daftar”
Bagi pengguna kali kedua, sila log masuk dengan memasukkan No. Kad Pengenalan dan kata laluan di ruangan atas laman tersebut dan klik “Log Masuk”.Isikan maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan.
 
Setelah permohonan berjaya dilakukan, pemohon perlu menunggu sehingga pihak PTPTN untuk meluluskan permohonan tersebut. Semakan status permohonan boleh dibuat di laman sesawang yang sama dengan login masuk ke akaun.
Sebaik sahaja permohonan diluluskan, pemohon boleh memuat turun dokumen perjanjian dan melakukan urusan seterusnya di universiti nanti.
 
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai PTPTN online (pembiayaan pendidikan) sila rujuk manual pendaftaran dan FAQ yang disediakan PTPTN seperti pautan di bawah, atau hubungi terus butiran berikut:
Alamat: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Tingkat Bawah, Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II, No.12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.
Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263
URL - https://www.permohonan.my/permohonan-ptptn-online/
Muat Turun Hebahan - PANDUAN PERDAFTARAN & PERMOHONAN PTPTN KOD RUJUKAN 000009869 new.pdf
 
Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada Unit Penajaan, Endowmen & Dana Pelajar, PTNC (HEPA) di talian 09-668 8611/ 7811/ 7942/ 8401.
 
Harap Maklum, Terima kasih.