[Pembukaan Biasiswa]: Promosi Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2024

 
Yayasan Tunku Abdul Rahman adalah sebuah badan berkanun di bawah akta parlimen yang dikenali sebagai Yayasan Tunku Abdul Rahman akta 1966 untuk memberi peluang kepada belia Malaysia untuk meneruskan pengajian ke peringkat tinggi.
1. Promosi Biasiswa Tunku Abdul Rahman
Melalui Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR), YTAR mengenalpasti dan memperkasa belia yang berkelayakkan daripada universiti awam dan juga swasta. Biasiswa ini mengandungi sembilan jenis elaun serta program kepimpinan selama dua tahun.
Disenaraikan adalah kriteria kelayakan dan juga kriteria pemilihan bagi pemohon Biasiswa Tunku Abdul Rahman:
 
Kriteria Kelayakan:
Biasiswa ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Bagi pelajar yang belum meneruskan ijazah sarjana muda: Anda dikehendaki menamatkan pra-universiti dan juga menyambung dalam ijazah sarjana muda pada Mac 2025.
Bagi pelajar yang sedang meneruskan ijazah sarjana muda: Anda perlu mempunyai 2 tahun baki dalam pengajian anda.
BTAR menerima semua jenis kursus pembelajaran di kedua-dua universiti awam dan swasta dengan syarat kursus tersebut diiktirafkan oleh MQA Malaysia.
 
Kriteria Pemilihan:
Semua permohonan akan dinilai secara holistik berdasarkan pelbagai kriteria, namun keutamaan akan diberikan kepada calon yang:
Pernah atau sedang melalui cabaran kehidupan.
Mempunyai potensi daya kepimpinan untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
Datang daripada latar belakang yang mencabar, seperti Orang Kurang Upaya (OKU), calon masyarakat luar bandar dan calon daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM4,850 sebulan.
 
Untuk maklumat lanjut tentang butiran permohonan dan informasi terkini sila layari laman web kami di www.yayasantar.org.my. Permohonan untuk Biasiswa Tunku Abdul Rahman kini dibuka dan akan ditutup pada 8hb April 2024.
Bersama e-mel ini juga terdapat risalah promosi di dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris untuk semakan anda.
1.Muat Turun Hebahan BM - Poster Biasiswa Tunku Abdul Rahman 2024 (BM) (3)
2.Muat Turun Hebahan English- Tunku Abdul Rahman Scholarship 2024 poster (English) (1)
 
Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada Unit Penajaan, Endowmen & Dana Pelajar, PTNC (HEPA) di talian 09-668 8611/ 7811/ 7942/ 8401.
Harap Maklum, Terima kasih.