PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT UniSZA 2024

Assalamualaikum wbt..

Kepada semua pelajar UniSZA yang sedang menjalani pengajian (AKTIF) di UniSZA.

Unit Penajaan, Endowmen dan Dana Pelajar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) sedang membuka permohonan Bantuan Zakat kepada pelajar UniSZA yang layak sebagaimana butiran berikut:

1. Beragama Islam

2. Pelajar Sepenuh Masa UniSZA

3. Pendapatan Keluarga RM5,249 dan ke bawah

4. Pelajar yang telah menerima Zakat Tabung Haji, Zakat Bank Islam, MAIDAM bagi Program Sulung 2023 dan Dermasiswa Maybank@UniSZA tidak akan dipertimbangkan permohonan.

Tarikh Permohonan:

TARIKH BUKA     : 1 April 2024 (Isnin)

TARIKH TUTUP   : 14 April 2024 (Ahad)

Muat Turun Hebahan - Poster bantuan zakat unisza 2024

Permohonan hendaklah dibuat melalui :-

PORTAL PELAJAR > BANTUAN KEBAJIKAN PELAJAR > BANTUAN ZAKAT > PERMOHONAN

SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIAJUKAN KEPADA UNIT PENAJAAN, ENDOWMEN DAN DANA PELAJAR, PTNC (HEPA) DI TALIAN: 09-668 8611 / 7811 / 7942 / 8401

Sekian, harap maklum.

Terima kasih.