PENGUMPULAN MAKLUMAT BERKAITAN KESEDARAN KECERDASAN BUATAN DI KALANGAN PELAJAR

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri telah menyeru semua pelajar universiti dan sekolah serta penjawat awam agar celik akan Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) agar tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi tersebut                                                                  

3. Sehubungan itu, bagi menyahut seruan YAB Perdana Menteri untuk mewajibkan penggunaan dan pembelajaran AI di kalangan pelajar universiti serta penjawat awam. Semua Ketua Pusat Tanggungjawab dipohon untuk mengarahkan semua staf dan pelajar untuk melayari laman sesawang www.ai.gov.my iaitu Program AI untuk Rakyat dan mendapatkan e-sijil yang telah disediakan oleh Kementerian Digital. 

4.         Seterusnya, semua pelajar yang telah mendapatkan e-sijil tersebut perlu merekodkan maklumat mereka di dalam pautan yang disediakan https://forms.gle/Mvtou3GXYhWNkKXV8 untuk tujuan pengumpulan maklumat. Sebarang kemusykilan dan pertanyaan, boleh berhubung dengan Ts. Mohd Hazrul bin Hashim (Ketua Bahagian Pentadbiran & Kewangan) di talian 8837 / 019-982 2592.

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak saudara dan saudari amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, Wassalam. 

 Sekretariat Pendigitalan Universiti